BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, February 25, 2012

Luahan hati & perasaan.

Love Live.

Assalamualaikum.
sudah lame nunu tak update blog nunu. rindu pun ade
jugak nak menyonteng blog nunu nie. As u guys tahu,
nunu busy sangat dengan life nunu lately. Nunu memang
try sedaye upaye untuk penuhkan dengan aktiviti yang akan
memberi kenangan-kenangan yang paling manis dalam hidup
nunu. Mati itu pasti. Nunu nak penuhkan hidup nunu
dengan warna warna yang ceria.

A few days ago,nunu kena sakit yang sangat teruk. Sangat teruk.
setiap masa berlinang air mata lawan rasa sakit tue. Mungkin
yang tak faham and tak tahu akan rasa pelik,tapi itu la
hakikatnya. Nunu kena tahan rasa sakit tue supaya Nunu tak akan
menyusahkan orang lain. Nunu tahu nunu banyak menyusahkan
orang,especially my parents. sedih tengok diorang risau dengan
nunu. ayah sanggup tangguh pergi outstation gara-gara nak
jaga nunu. ulang alik ke hospital. Haihh,memang menyusahkan.

Kadang-kadang nunu terfikir kenapa nunu ? kenapa bukan orang
lain ? tapi satu yang nunu pegang 'tuhan kurniakan kesakitan
kepada kita tanda Dia sayang kepada kita. ingat kita'. Setiap hari
nunu cuba pujuk hati yang nunu mesti akan sembuh keesokannya.
Pernah juga timbul rasa takut bila menjelang malam. Mana tahu
nyawa nunu di ambil. Cukup ke amalan nunu ? Ouhh,belum !

Setiap pagi nunu mesti kena sakit yang teramat. Pedih !
Itu je yang nunu mampu describekan. Kadang kadang sampai
nunu dah terlupa macam mana rasa sihat seperti kawan kawan
yang lain ? Kerap je demam. Asal malam je badan mula la
panas. Ada jugak,bila keluar je dengan family,mesti ada yang
tegur 'muka pucat kenapa ?'. Haha.

Sekarang ubat pun dah tak ade kesan pada nunu.
Makan ubat pun sekadar nak ikot arahan doktor je. Malas pun
ade kadang kadang tue. Tapi sebab nak sihat punye pasal,
nunu gagahkan diri jugak makan ubat,jumpa doktor.
Kalau fikirkan buat apa nak ke sana, nunu tetap sakit
bukan ? Tapi, kita tak boleh berputus asa bukan ?
nunu akan ikhtiar supaya sihat. Doakan nunu kayy ? :D

#harap tahun nie, tahun terakhir nunu sakit :)